BEKALAN KUASA ELEKTRIK

Pembekalan kuasa elektrik


.
Pembekalan kuasa eletrik ialah satu sistem perhubungan untuk menghantar kuasa elektrik kepada
 pengguna, baik untuk perindustrian, perumahan dan lain lain.
Biasanya di dalam satu sistem elektrik, sistem grid digunakan dalam talian penghantaran kuasa eletrik
 berperanan untuk mengalirkan kuasa eletrik dari satu tempat ke satu tempat dengan optimum dan cekap.
Di Semenanjung Malaysia, talian penghantaran (transmission line) kuasa eletrik adalah dikendalikan 
oleh Tenaga Nasional Berhad.
Sistem penghantaran di Malaysia menggunakan sistem penghantaran eletrik AC talian tiga fasa yang 
berkuasa 500 kV, 275 kV, 132 kV, atau 66 kV yang menjadi penghubung daripada janakuasa 
kepada sistem pengagihan. Frekuensi yang digunakan pula ialah 50 Hertz.
Rekaan sistem penghantaran ini direka kebanyakannya menggunakan sistem arus ulang alik. 
Ini adalah kerana sistem ulang alik dapat "langkah naik" (step-up) atau "langkah turun" 
(step-down) kuasa eletrik tersebut dengan bantuan transformer. Selain itu, sistem ini lebih 
mampu menghantar tenaga elektrik dalam jarak jauh lebih efisen berbanding sistem arus terus.
Pada zaman sekarang, sistem HVDC (arus terus voltan tinggi) digunakan dalam sesetengah negara 
dalam pembekalan kuasa. Namun, sistem ini memakan kos yang tinggi.
Talian penghantaran eletrik dibina sama ada di terowong bawah tanah mahupun merentasi
 ruang udara. Disebabkan keperluan keselamatan yang tinggi, kabel bawah tanah memerlukan 
pembinaan yang rapi dan kos pembinaan kabel bawah tanah boleh jadi berganda-ganda 
sekiranya di banding dengan pembinaan talian di ruang udara.
Talian penghantar elektrik di ruang udara terdiri daripada wayar yang disangkutkan dengan
 pemuat (capacitor), dan digantung kepada tiang. Pemuat tersebut biasanya diperbuat dengan 
seramik yang dapat menahan haba dan julat eletrik tenaga eletrik yang dihantar.


PENCAWANG ELEKRTIK


                               
SISTEM PERJALANAN ELEKTRIK










No comments:

Post a Comment